速報APP / 旅遊與地方資訊 / Kembara Al Aqsa

Kembara Al Aqsa

價格:免費

更新日期:2018-04-07

檔案大小:27M

目前版本:1.0

版本需求:Android 4.1 以上版本

官方網站:mailto:mariamhjali80@gmail.com

Email:http://masterappsbuilder.com/application/privacypolicy?id=5ac841884e8c3

Kembara Al Aqsa(圖1)-速報App

“SEJARAH MASJID AL-AQSA

Kami ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat semua mengenai perkara ini dengan seberapa ringkas yang mungkin bagi menarik minat semua pihak untuk membaca dan mengetahuinya. Dan sebagai seorang Muslim, sudah semestinya kita mesti cakna dengan kejadian yang berlaku di tanah suci yang mulia ini. Jadi luangkanlah sedikit masa anda untuk membaca tulisan ini. Terima kasih.

Kembara Al Aqsa(圖2)-速報App

1) Sejarah Masjid Al-Aqsa:-

Masjid Al-Aqsa yang bermaksud Masjid Terjauh adalah merupakan tempat suci umat Islam yang menjadi sebahagian dari kompleks bangunan keagamaan yang dikenali oleh umat Islam sebagai Al-Haram Al-Sharif (tanah suci yang mulia) yang terletak di Kota Lama Baitulmuqaddis. Kawasan ini juga dikenali dengan sebutan Bukit Bait Suci (Temple Mount) oleh kaum yahudi dan kristian, iaitu tempat yang paling suci dalam agama yahudi yang pada umumnya dipercayai merupakan tempat Bait Pertama dan Bait Kedua (Kuil Pertama dan Kuil Kedua) pernah terletak. Jadi Masjid Al-Aqsa tidaklah hanya terbatas pada bangunan Masjid saja, malah ianya meliputi seluruh kawasan yang dinamakan Al-Haram Al-Sharif (Temple Mount) ini iaitu Qubbat Al-Sakhra (Dome Of The Rock / Kubah Batu), Masjid Al-Aqsa, kawasan kebun pohon zaitun, pancuran air dan semua bangunan yang terdapat di situ termasuk dinding dan pagarnya.

Kembara Al Aqsa(圖3)-速報App

Bangunan Masjid Al-Aqsa ini berbentuk persegi dan luasnya beserta kawasan di sekitarnya adalah 144,000 meter persegi, sehingga dapat menampung seramai 400,000 jemaah. Panjang bangunan Masjid Al-Aqsa ini adalah 272 kaki (83 meter) dan lebarnya 184 kaki (56 m) serta dapat menampung sehingga 5,000 jemaah.

Bait Pertama yang juga disebut sebagai Bait Salomo atau Haikal Sulaiman adalah merupakan bait suci pertama agama yahudi kuno di Baitulmuqaddis. Bait ini digunakan untuk tujuan pemujaan dan pengorbanan, dan ianya disiapkan pada abad ke-10 SM (960 SM) dan telah dihancurkan 370 tahun kemudian oleh bangsa Babilon pada tahun 586 SM. Pembinaan semula kawasan tersebut yang berlaku selama tahun 516 SM sehingga 70 M, adalah Bait Kedua.